1. TENTANG DASAR PRIVASI INI
Robert Bosch (South East Asia) Pte. Ltd. dan subsidiari-subsidiarinya dan syarikat-syarkat berkaitan dalam ASEAN (‘Robert Bosch Singapura’, ‘kami’, dsb.) sangat mengambil berat akan perlindungan data peribadi anda. Oleh itu, perlindungan data dan keselamatan maklumat merupakan bahagian penting dalam dasar korporat kami untuk ASEAN.
‘Data Peribadi’ bermaksud semua maklumat yang berkaitan dengan orang semula jadi (iaitu, seseorang individu) yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti – contohnya, nama, nombor telefon, alamat emel dan alamat jalan / surat menyurat anda.
Dalam Dasar Privasi ini, kami menyediakan maklumat akan bagaimana kami memproses data peribadi jika dan apabila kami mengumpul data peribadi tentang anda berhubung dengan pemberian produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda atau urusan dengan anda dan apabila anda menggunakan perkhidmatan dalam talian kami. (Laman web kami mungkin terdapat pautan ke laman web pihak ketiga. Laman web mereka tidak termasuk dalam Dasar Privasi ini. Sila periksa laman web pihak ketiga untuk maklumat bagaimana mereka memproses data peribadi anda.)
Dasar Privasi ini tidak termasuk bagaimana kami memproses data peribadi berhubung dengan pengambilan bekerja, pengurusan sumber manusia dan bekas pekerja. Jika anda inginkan maklumat tentang bagaimana kami memproses data peribadi untuk individu-individu dalam kategori ini, sila hantarkan emel ke
asean.dpo@sg.bosch.com
dan kami dengan sukacitanya akan menghantar satu salinan kepada anda.
2. BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN DASAR PRIVASI INI
Kami telah menulis Dasar Privasi ini secara jelas dan mudah untuk anda fahami. Anda dialu-alukan untuk membacanya dari hujung ke hujung. Anda juga boleh klik pada pautan di bawah untuk membawa anda terus ke bahagian-bahagian yang paling berkaitan dengan anda.
Untuk maklumat umum tentang bagaimana kami memproses data peribadi, bagaimana kami simpannya dengan selamat, apabila kami membuang data peribadi tersebut atau apabila kami menghantarnya ke luar negara, sila klik di sini (maklumat umum), sini (keselamatan), sini (pembuangan), dan sini (penghantaran ke luar negara).
Untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan hubungan anda dengan kami, sila klik:
-
para pelanggan
-
rakan kongsi perniagaan, pembekal dan kenalan perniagaan yang lain
-
para pengguna perkhidmatan dalam talian kami
Untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan hak-hak anda, sila klik:
-
mengehadkan maklumat yang anda berikan kepada kami
-
menarik semula kebenaran; memilih untuk tidak menerima mesej pemasaran
-
ketepatan data
-
capaian ke data peribadi
-
pembetulan data peribadi
-
membuat rungutan
3. MAKLUMAT UMUM TENTANG BAGAIMANA KAMI MEMPROSES DATA PERIBADI
3.1. Piawaian undang-undang perlindungan data
Sesetengah negara di ASEAN masih belum mempunyai undang-undang perlindungan data. Jika anda berada di dalam negara tersebut kami secara umumnya menyasarkan untuk melindungi data peribadi anda sebagaimana jika terdapat undang-undang perlindungan data yang terguna pakai kepada anda.
Undang-undang perlindungan data dalam sesetengah negara di ASEAN adalah berbeza dari undang-undang perlindungan data di negara-negara lain di ASEAN. Kami secara umumnya menyasarkan untuk melindungi data peribadi anda sebagaimana jika piawaian paling ketat undang-undang perlindungan data terguna pakai kepada anda.
3.2. Prinsip-prinsip umum yang kami gunakan semasa kami memproses data peribadi
Kami mengumpul data peribadi tentang anda hanya untuk tujuan-tujuan yang spesifik dan sah sahaja. Kami memaklumkan anda tentang tujuan-tujuan tersebut dan kami memproses data peribadi tersebut hanya dengan cara yang padan dengan tujuan-tujuan spesifik dan sah tersebut yang kami beritahu anda tentangnya. Kami memproses data peribadi tentang anda secara sah dan saksama.
Kami hanya mengumpul data peribadi tentang anda yang cukup dan tidak berlebihan berhubung dengan tujuan yang mana kami memprosesnya. Kami berjaga-jaga untuk memastikan data peribadi tersebut adalah tepat dan berkaitan dan, di mana perlu untuk tujuan kami memprosesnya, kami kekalkannya dengan maklumat terkini.
Kami menyimpan data peribadi tentang anda hanya untuk selama yang kami perlukan untuk tujuan-tujuan perundangan dan perniagaan. Selama kami menyimpan data peribadi tersebut kami menyediakan langkah keselamatan yang munasabah untuk menghalang capaian, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahan, pembuangan yang tak dibenarkan atau risiko-risiko yang bersamaan dengannya.
3.3. Asas-asas yang sah untuk pemprosesan
Kami mahu melayan semua individu yang mana kami berinteraksi dengannya secara sama rata, tetapi kadang-kala kami tidak boleh berbuat demikian kerana cara perlu lakukan mengikut undang-undang.
Di Singapura, undang-undang perlindungan data mengehendaki kami untuk mendapatkan kebenaran anda terlebih dahulu sebelum mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (secara bersama, ‘Memproses’) data peribadi tentang
anda, kecuali di mana terdapat pengecualian berhubung syarat untuk kebenaran. Sebagai contoh, kami tidak memerlukan kebenaran untuk memproses data peribadi untuk bertindak balas terhadap sesuatu kecemasan yang membahayakan nyawa, kesihatan atau keselamatan seseorang,
Di mana-mana dalam ASEAN, undang-undang perlindungan data menggariskan asas-asas yang sah yang mana kami boleh memproses data peribadi tentang anda. Secara umumnya ia adalah:
-
di mana memproses data peribadi adalah perlu untuk kami memenuhi kontrak yang kami anda dengan anda – sebagai contoh, di mana kami menyediakan anda dengan waranti produk – atau untuk mengumpul langkah-langkah atas permintaan anda sebelum memasuki sesuatu kontrak
-
di mana pemprosesan adalah perlu untuk kami mematuhi kewajipan undang-undang yang mana kami tertakluk pada nya
-
di mana pemprosesan adalah perlu untuk melindungi kepentingan utama anda, termasuk nyawa dan kesihatan anda
-
di mana pemprosesan adalah perlu untuk kepentingan sah kami atau kepentingan sah pihak ketiga, kecuali yang mana kepentingan sah tersebut diatasi oleh hak-hak dan kebebasan asasi anda dan/atau
-
di mana kami mempunyai kebenaran anda untuk memproses data peribadi tentang anda
4. PARA PELANGGAN
4.1. Bagaimana kami mengumpul data peribadi tentang atau berkaitan dengan para pelanggan kami
Kami secara umum mengumpul data peribadi secara terus dari anda. Kami akan meminta dari anda untuknya (termasuk maklumat hubungan) apabila anda berinteraksi dengan kami, termasuk apabila kami bertindak balas terhadap pertanyaan anda tentang produk dan perkhidmatan kami. Kadang-kala kami kumpulnya dari pihak ketiga, tetapi hanya selepas memeriksa bahawa pihak ketiga tersebut mempunyai hak untuk memberikan data peribadi kepada kami – sebagai contoh, yang mana mereka berbuat demikian atas permintaan anda untuk membolehkan kami memberikan maklumat kepada anda atau untuk memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami.
4.2. Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul
Data peribadi yang kami kumpul tentang atau berhubung dengan anda bergantung dengan keadaan yang mana kami berinteraksi dengan anda. Kami hanya mengumpul data peribadi untuk tujuan-tujuan yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti-aktiviti perniagaan kami dan apabila ianya perlu untuk tujuan tersebut. Kami meletakkan maklumat spesifik di bawah, tetapi secara umumnya:
-
apabila anda memulakan hubungan dengan kami, kami mengumpul maklumat hubungan dari anda yang membolehkan kami untuk membalas kepada anda dan secara umumnya membolehkan kami untuk berkomunikasi dengan anda, dan menghantar mesej kepada anda, untuk tujuan atau tujuan-tujuan yang mana anda hubungi kami – sebagai contoh, nama, nama pengguna, alamat emel, nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat fizikal / jalan anda dan alamat IP anda – sekiranya pada bila-bila masa kami meminta maklumat yang anda lebih suka untuk tidak berikannya, sila maklumkan kepada kami (klik di sini zuntuk maklumat hubungan kami)
-
kami mengumpul maklumat tentang hubungan kami dengan anda, seperti jenis-jenis produk dan/atau perkhidmatan yang kami berikan yang mungkin anda berminat padanya dan maklumat yang membantu kami menyesuaikan perkhidmatan kami kepada anda.
-
kami mengumpul maklumat urus niaga tentang bagaimana anda berinteraksi dengan kami, termasuk pertanyaan, maklumat akaun, maklumat urus niaga apabila anda membeli produk dan/atau menggunakan perkhidmatan kami dan maklumat urus niaga mungkin termasuk butiran kad pembayaran anda (atau bayaran lain) semasa anda membeli produk melalui laman web kami atau semasa anda membayar kami untuk memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan dan
-
untuk maklumat tentang bagaimana anda menggunakan perkhidmatan dalam talian kami klik di sini
4.3. Mengapa kami mengumpul data peribadi dan bagaimana kami menggunakannya
Penawaran, penjualan dan sokongan produk
Berhubung dengan penawaran, penjualan dan sokongan produk kami, kami mengumpul data peribadi tentang anda atau yang berkaitan dengan anda apabila:
-
anda meminta maklumat dari kami tentang produk atau perkhidmatan kami dan/atau anda meminta sokongan, seperti waranti dan/atau sokongan selepas jualan yang lain (sebagai contoh, berhubung dengan alat-alat kuasa), dari kami dan/atau anda menyertai salah satu bengkel atau aktiviti latihan kami dan/atau
-
anda menyertai promosi jualan, pertandingan, program penebusan atau rebat tunai dan/atau anda melanggan ke dalam senarai emel atau surat berita kami
dan kami gunakan data peribadi tersebut hanya untuk tujuan yang mana kami kumpulnya
Pendaftaran waranti dan sokongan teknikal
Berhubung dengan pendaftaran waranti dan sokongan teknikal, kami mengumpul dan menggunakan data peribadi tentang anda atau berkaitan dengan anda apabila anda mendaftar sesuatu produk dengan kami untuk tujuan waranti dan jika anda menghubungi kami untuk sokongan teknikal dan (dalam setiap kes) kami gunakan data peribadi tersebut hanya untuk tujuan yang mana kami kumpulnya
4.4. Apabila kami mendedahkan data peribadi
Kami tidak menjual data peribadi tentang atau berkaitan dengan anda. Kami bagaimanapun, mendedahkannya seperti berikut:
-
kepada subsidiari-subsidiari kami dan syarikat-syarikat yang berkaitan bilamana ianya perlu secara munasabah untuk pelbagai tujuan yang mana kami gunakan data peribadi tersebut – lihat ‘Bagaimana kami menggunakan data peribadi tentang atau berkaitan dengan anda’
-
kami terlibat dengan pembekal pihak ketiga untuk membantu kami dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang mana kami mengumpul dan menggunakan data peribadi, seperti peniaga perkhidmatan, kedai runcit, pembekal latihan dan ejen-ejen – dalam kes ini, pembekal perkhidmatan pihak ketiga tersebut di bawah perjanjian kontrak dengan kami untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi
-
kebenaran anda
-
anda dengan munasabahnya boleh menjangka, atau telah diberitahu, bahawa data peribadi sedemikian kebiasaannya diberikan kepada individu-individu, badan-badan atau agensi-agensi tersebut
-
kami dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang untuk mendedahkannya
5. RAKAN KONGSI PERNIAGAAN, PEMBEKAL DAN KENALAN PERNIAGAAN YANG LAIN
5.1. Bagaimana kami mengumpul data peribadi tentang atau berkaitan dengan rakan kongsi perniagaan kami
Kami secara umum mengumpul data peribadi secara terus dari anda. Kami akan meminta dari anda untuknya (termasuk maklumat untuk berhubung dan maklumat hubungan) apabila anda berinteraksi dengan kami, termasuk apabila kami membalas pertanyaan anda tentang perkhidmatan dan harga kami atau apabila kami bekerja dengan anda sepanjang mewujudkan hubungan perniagaan dengan anda dan/atau syarikat dan apabila kami memberikan perkhidmatan kami kepada anda dan/atau syarikat anda
Kadang-kala kami mengumpul data peribadi tentang anda dari pihak ketiga, seperti individu lain yang bekerja di syarikat anda – sebagai contoh, apabila mereka menambah anda ke dalam sesuatu pasukan projek.
Kadang-kala entiti yang memberikan perkhidmatan kepada kami mengumpulkannya dari anda bagi pihak kami – sebagai contoh, di mana anda membawa barang (seperti kenderaan bermotor) ke bengkel servis (sama ada bengkel berjenama Bosch atau tidak) dan bengkel servis berinteraksi dengan kami secara langsung atau tidak langsung semasa memberikan perkhidmatannya kepada anda. Dalam kes sedemikian, kami mempunyai pengaturan agar penyedia perkhidmatan tersebut berada di bawah penjanjian kontrak untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dan tidak digunakan oleh perkhidmatan penyedia untuk tujuan lain selain daripada memberikan perkhidmatan kontrak khusus kepada anda.
5.2. Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul
Jika anda adalah seorang individu yang berurusan dengan kami, termasuk jika anda bekerja untuk sesuatu syarikat yang menjalankan perniagaan dengan kami, kami atau penyedia perkhidmatan kami (sebagai contoh, di mana penyedia perkhidmatan mengendalikan laman web bagi pihak kami, seperti portal e Commerce) mungkin mengumpul jenis-jenis data peribadi tentang atau berkaitan anda seperti berikut: maklumat hubungan yang membolehkan kami berkomunikasi kepada anda – seperti nama, nama pengguna, alamat emel kerja, nombor telefon kerja dan nombor telefon bimbit anda
-
maklumat tentang hubungan perniagaan kami dengan anda dan yang membantu kami untuk melakukan perniagaan dengan anda dan/atau syarikat anda, seperti jenis-jenis produk dan/atau perkhidmatan yang kami sediakan yang anda dan/atau syarikat anda mungkin berminat dengannya dan maklumat yang membantu kami menyesuaikan perkhidmatan kami untuk anda dan/atau syarikat anda dan
-
maklumat urus niaga tentang bagaimana anda berinteraksi dengan kami, termasuk pertanyaan, maklumat akaun, maklumat urus niaga apabila anda dan/atau syarikat anda membeli produk kami dan/atau menggunakan perkhidmatan kami dan maklumat tentang bagaimana anda dan/atau syarikat anda menggunakan produk kami dan/atau perkhidmatan kamiuntuk maklumat tentang bagaimana anda menggunakan perkhidmatan dalam talian kami sila klik di sini
5.3. Bagaimana kami menggunakan data peribadi tentang atau berkaitan dengan anda
Kami menggunakan data peribadi tentang atau berkaitan dengan anda:
-
untuk memenuhi permintaan anda dan/atau syarikat anda untuk produk dan/atau perkhidmatan dan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan, seperti penghantaran produk dan/atau perkhidmatan, perkhidmatan pelanggan, pengurusan akaun / hubungan, sokongan dan latihan dan untuk membekalkan perkhidmatan lain berkaitan dengan hubungan perniagaan anda dan/atau syarikat anda dengan kami
-
untuk menghantar kepada anda komunikasi pemasaran, termasuk tawaran yang mungkin disasarkan berdasarkan kemungkinan minat, ciri-ciri perniagaan dan lokasi anda dan/atau syarikat anda
-
untuk menjalankan tinjauan dan untuk menjalankan acara-acara promosi dan untuk menentukan jika anda dan/atau syarikat anda layak untuk perkhidmatan-perkhidmatan atau tawaran-tawaran tertentu
-
untuk memberikan anda dan/atau syarikat anda dengan maklumat tambahan yang kami fikir mungkin anda dan/atau syarikat anda berminat, seperti berita tentang kami, pengumuman yang diubat oleh kami dan maklumat teknikal seperti buletin perkhidmatan teknikal
-
untuk menguruskan keperluan perniagaan harian kami dan interaksi kami dengan anda dan/atau syarikat anda, termasuk menghantar produk kami dan/atau perkhidmatan kami kepada anda dan/atau syarikat anda, memproses pembayaran, menguruskan perakaunan kewangan kami, menjalankan kajian dan pembangunan produk, menguruskan laman web kami, menganalisa penggunaan anda dan/atau syarikat anda akan perkhidmatan kami, menghalang penipuan dan mengekalkan keselamatan sistem dan proses kami, melaporkan dan pematuhan undang-undang dan menguruskan keberterusan perniagaan kami
5.4. Apabila kami mendedahkan data peribadi tentang atau berkaitan dengan anda
Kami tidak menjual data peribadi tentang atau berkaitan dengan anda. Kami bagaimanapun, mendedahkannya seperti berikut:
-
kepada subsidiari-subsidiari kami dan syarikat-syarikat berkaitan yang mana perlu secara munasabah untuk pelbagai tujuan yang mana kami gunakan data peribadi tersebut – lihat ‘Bagaimana kami menggunakan data peribadi tentang atau berkaitan anda
-
apabila kami terlibat dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu kami dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang mana kami kumpul dan gunakan data peribadi, individu-individu tersebut yang memberikan perkhidmatan kepada kami (seperti penghantaran produk fizikal, perkhidmatan audit dan tujuan-tujuan pengurusan dalaman lain) – dalam kes-kes ini, pembekal perkhidmatan pihak ketiga berada di bawah perjanjian kontrak dengan kami yang memerlukan pembekal perkhidmatan untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dan tidak digunakan oleh pembekal perkhidmatan tersebut untuk mana-mana tujuan lain selain dari untuk perkhidmatan kontrak yang dinyatakan
-
kami dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang untuk mendedahkannya
6. PARA PENGGUNA PERKHIDMATAN DALAM TALIAN KAMI
6.1. Menggunakan kuki dan mekanisme penjejak lain
Dalam konteks perkhidmatan dalam talian kami, kami mungkin menggunakan kuki dan mekanisme penjejak lain. Kuki merupakan fail teks kecil yang boleh disimpan dalam peranti anda apabila anda melawat perkhidmatan dalam talian kami. Menjejak adalah mungkin dengan menggunakan teknologi lain. Secara khususnya, kami memproses maklumat menggunakan teknologi piksel dan/atau semasa analisis fail log. Kami membezakan antara:
-
kuki yang wajib diperlukan untuk fungsi teknikal perkhidmatan dalam talian
-
kuki dan mekanisme penjejak yang bukan wajib diperlukan untuk fungsi teknikal perkhidmatan dalam talian – secara umumnya ianya mungkin untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian dengan kuki dan mekanisme penjejak ini
6.2. Memerlukan kuki secara teknikal
‘Kuki yang diperlukan secara teknikal’ bermaksud kuki yang perlu untuk memastikan fungsi teknikal perkhidmatan dalam talian. Ia termasuk, sebagai contoh, kuki yang menyimpan data untuk memudahkan penghasilan semula rakaman video atau audio. Kuki yang diperlukan secara teknikal akan dipadamkan apabila anda meninggalkan laman web.
6.3. Kuki dan mekanisme penjejak yang tidak diperlukan secara teknikal
Kami hanya menggunakan kuki dan mekanisme penjejak yang tidak diperlukan secara teknikal jika anda telah memberikan kebenaran awal kepada kami dalam setiap kes. Berhubung kuki dan mekanisme penjejak ini, kami membezakan:
-
kuki kemudahan – ia memudahkan operasi perkhidmatan dalam talian dan dengan itu membolehkan anda melayarinya dengan lebih selesa (sebagai contoh, tetapan bahasa anda mungkin dimasukkan dalam kuki ini)
-
kuki dan mekanisme penjejak pemasaran:
-
kuki dan mekanisme penjejak pemasaran membolehkan kami dan rakan kongsi kami untuk menunjukkan tawaran berdasarkan minat anda, hasil dari analisis kelakuan penggunaan anda
-
alat-alat statistik membolehkan kami untuk mengukur, sebagai contoh, jumlah halaman dalam perkhidmatan dalam talian kami yang anda lihat
-
alat=alat penjejak penukaran diletakkan dalam peranti anda oleh rakan kongsi pemasaran kami jika anda telah mencapai laman web kami melalui pengiklanan dari rakan kongsi pemasaran tersebut (dan kebiasaannya tidak lagi sah selepas 30 hari) – jika anda melawat sesetengah halaman dari laman web kami dan kuki tersebut masih belum tamat tempoh, kami dan rakan kongsi pemasaran yang berkaitan boleh mengetahui yang anda menekan iklan tersebut dan diarahkan ke laman web kami, yang membolehkan kami menyusun statistik penukaran dan untuk merekod jumlah pengguna yang menekan iklan yang berkaitan tersebut dan diarahkan ke laman web kami
-
palam media sosial – sesetengah halaman perkhidmatan dalam talian kami melibatkan kandungan dan perkhidmatan pembekal-pembekal lain (sebagai contoh, Facebook, Twitter), yang juga mungkin menggunakan kuki dan modul aktif – untuk butiran lanjut berhubung palam media sosial sila rujuk bahagian di bawah untuk palam media sosial.
Anda boleh menguruskan tetapan kuki dan mekanisme penjejak anda dalam pelayar dan/atau tetapan privasi kami. (Nota: tetapan yang anda telah buat hanya terguna pakai pada pelayar yang digunakan sahaja dalam setiap kes.)
Jika anda berhasrat untuk menyahaktif semua kuki, sila nyahaktifkan kuki dalam tetapan pelayar anda. Sila ambil perhatian bahawa ini mungkin memberi kesan terhadap fungsi laman web tersebut.
Apabila melawat laman web kami, anda akan ditanya dalam lapisan kuki sama ada anda memberi kebenaran untuk kami menggunakan kuki kemudahan, kuki pemasaran atau mekanisme penjejak, masing-masingnya.
Dalam tetapan privasi kami, anda boleh menarik semula kebenaran dengan kesan untuk masa depan atau memberikan kebenaran anda di suatu masa yang kemudian.
-
Nama: Optimizely
Optimizely Inc.; 631 Howard Street, Suite 100; San Francisco, CA 94105
Fungsi: Kuki menjejaki tingkah laku pengguna anda di seluruh tapak web dan mengoptimumkan pengalaman pengguna yang diperibadikan anda
Tempoh penyimpanan: 1 tahun atau sehingga pembatalan persetujuan
Maklumat lanjut boleh didapati di:
https://help.optimizely.com/Set_Up_Optimizely/Cookies_and_localStorage_in_the_Optimizely_snippet
https://help.optimizely.com/Privacy_and_Data_Protection_Controls
-
Nama: Google Analytics
Penyedia: Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA
Fungsi: Analisis tingkah laku pengguna (pengambilan semula halaman, bilangan pelawat dan lawatan, jumlah muat turun), penciptaan profil pengguna tanpa nama (‘pseudonymous user profiles’) berdasarkan maklumat peranti silang oleh pengguna Google yang sedang log masuk (pengesanan peranti silang), pengayaan data pengguna tanpa nama dengan maklumat khusus kumpulan sasaran disediakan oleh Google, pengesanan semula (‘retargeting’), ujian UX, penjejakan faktor penukaran, dan pengesanan semula bersempena dengan Google Ads.
-
Nama: Google Tag Manager
Penyedia: Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA
Fungsi: Pentadbiran tag laman sesawang melalui interface pengguna, penyepaduan kod program di laman sesawang kami
-
Nama: Google Ads
Penyedia: Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA
Fungsi: Penempatan iklan, pemasaran semula, penjejakan faktor penukaran
Maklumat lanjut boleh didapati di: https://adssettings.google.com/authenticated
-
Nama: Tealium
Penyedia: Tealium Inc., 9605 Scranton Rd. Ste. 600, San Diego, CA 92121, USA, +1 (858) 779-1344
Fungsi: Pentadbiran teg laman web melalui antara muka pengguna, penyepaduan kod program di tapak web kami. Alat untuk menyokong perancangan dan analisis kempen berdasarkan profil gerakan dan gelagat pembelian di tapak web sendiri
Tempoh penyimpanan: 1 tahun atau sehingga pembatalan persetujuan
6.4. Rangkaian Penghantaran Kandungan Microsoft Azure
Untuk mengoptimumkan masa pemuatan laman web ini, kami menggunakan Perkhidmatan “Rangkaian Penghantaran Kandungan” (CDN), yang ditawarkan oleh awan awam daripada Microsoft, Microsoft Corporation, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052-6399 USA.
Penggunaan Perkhidmatan CDN mewakili kepentingan sah yang utama dalam maksud artikel 6 bahagian 1 lit. f GDPR.
Dalam konteks pemprosesan ini, data peribadi dihantar ke AS. Penghantaran dibuat berdasarkan Klausa Berkontrak Standard Eropah iaitu Microsoft menjamin untuk mematuhi undang-undang perlindungan data Eropah bagi perkhidmatan yang diberikannya.
Maklumat lanjut tentang dasar privasi Microsoft boleh didapati di sini: https://privacy.microsoft.com/en-us/privacystatement.
6.5. Palam media sosial
Dalam Tawaran Dalam Talian kami, kami mungkin menggunakan palam media sosial tersebut dari pelbagai rangkaian sosial, seperti butang ‘Suka, ‘Kongsi’ dan ‘komen’ yang disediakan oleh Facebook, Twitter, Google+, Pinterest, Instagram, Tmall dan WeChat.
Apabila anda menggunakan palam media sosial – sebagai contoh, apabila anda memilih untuk ‘Suka’ atau ‘Kongsi’ sesuatu – pelayar internet anda mencipta satu hubungan langsung terhadap pelayan rangkaian sosial yang berkaitan itu. Hasilnya ialah pembekal rangkaian sosial yang berkaitan tersebut menerima maklumat bahawa pelayar internet anda dicapai dari tapak yang mana kami membuat Tawaran Dalam Talian kami tersedia kepada anda. Ini terjadi walaupun jika anda tidak mempunyai akaun pengguna dengan pembekal rangkaian sosial berkaitan tersebut atau pada masa ini tidak mendaftar masuk ke dalam akaun anda. Fail-fail log (termasuk alamat IP) adalah, dalam kes ini, dihantar secara terus dari pelayar internet anda ke satu pelayan pembekal rangkaian sosial berkaitan tersebut dan mungkin disimpan di sana. Pembekal rangkaian sosial berkaitan tersebut atau pelayannya mungkin terletak di luar Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah (sebagai contoh, ia mungkin berada di Amerika Syarikat).
Palam media sosial adalah tambahan oleh pembekal rangkaian sosial. Atas sebab ini, kami tidak boleh mempengaruhi skop data yang dikumpul dan disimpan oleh mereka.
Tujuan dan skop pengumpulan data oleh satu rangkaian sosial, pemprosesan berterusan dan penggunaan data tersebut oleh rangkaian sosial serta hak-hak dan pilihan tetapan
anda untuk melindungi privasi anda boleh dijumpai dengan merujuk kepada notis perlindungan data rangkaian sosial berkaitan tersebut.
Sekiranya anda tidak mahu pembekal rangkaian sosial menerima dan, jika terguna pakai, menyimpan atau menggunakan data anda, anda tidak patut menggunakan palam-palam tersebut – yang mana, anda patut tidak menggunakan butang ‘Suka’, ‘komen’ atau yang sama dengannya pada laman web kami.
Dengan menggunakan penyelesaian dua klik (disediakan oleh Heise Medien GmbH & Co. KG) kami melindungi lawatan anda ke laman web kami dari dilog dan diproses oleh pembekal rangkaian sosial secara sedia ada. Apabila menggunakan sesuatu halaman dari kewujudan internet kami yang mengandungi palam tersebut, pada awalnya ia dinyahaktifkan. Palam tersebut hanya diaktifkan apabila anda menekan butang tersebut.
7. Penggunaan aplikasi
7.1 Penggunaan aplikasi mudah alih kami
Sebagai tambahan kepada Penawaran Dalam Talian kami, kami menawarkan aplikasi mudah alih ("Aplikasi"), anda boleh muat turun ke peranti mudah alih anda. Kami juga mengumpulkan data peribadi melalui aplikasi kami apabila anda menggunakan peranti mudah alih, jika anda bersetuju.
Beberapa aplikasi kami merangkumi perkhidmatan berdasarkan lokasi, di mana kami memberikan anda tawaran yang disesuaikan dengan lokasi khusus anda. Kami hanya mengumpulkan maklumat yang sangat diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan ini, dan pergerakan anda tidak dijejaki. Anda boleh menyahaktifkan fungsi ini dalam tetapan aplikasi, atau dalam sistem operasi peranti mudah alih anda.
Untuk memberi anda platform yang lebih mesra pengguna, dan juga untuk melakukan pengukuran jarak jauh dan penyelidikan pasaran, kami mungkin menggunakan alat analisis aplikasi pada beberapa aplikasi kami. Ini merangkumi contohnya, alamat IP tanpa nama, atau model peranti.
8. HAK-HAK ANDA
8.1. Mengehadkan maklumat yang anda berikan kepada kami
Jika kami meminta data peribadi anda yang anda tidak mahu berikan, sila beritahu kami dan kami akan cuba teruskan dengan maklumat yang terhad. Bagaimanapun, ianya mungkin mustahil bagi kami untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang anda cari atau kekurangan data peribadi tersebut boleh mengakibatkan kesukaran terhadap anda semasa kami memberikan produk atau perkhidmatan tersebut.
8.2. Menarik semula kebenaran dan memilih tidak menerima mesej pemasaran
Di mana kami telah memperoleh kebenaran anda untuk memproses data peribadi anda, anda boleh menarik semula kebenaran anda pada bila-bila masa. Anda boleh lakukan ini dengan memaklumkan kami secara bertulis (termasuk dengan emel) – klik di sini untuk maklumat hubungan kami.
Jika anda telah mendaftar untuk Akaun MyBosch anda boleh daftar masuk ke dalamnya dan edit kebenaran hubungan anda dalam bahagian My Profile. Secara alternatifnya, anda boleh memilih untuk tidak menerima emel komersil dengan menekan baris ‘keluar langganan’ di bawah mana-mana emel tersebut yang kami hantar kepada anda. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima emel komersil kami mungkin masih perlu menghubungi anda dengan maklumat urus niaga penting tentang anda dan/atau akan syarikat anda dan/atau tentang sesuatu produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah beli dari kami.
8.3. Ketepatan data
Kami mengambil langkah-langkah untuk memastikan data peribadi yang kami kumpul adalah tepat, terkini dan lengkap. Ini termasuk mengemaskininya jika dan apabila anda memberitahu kami yang ianya sudah berubah. Jika anda telah mendaftar untuk Akaun MyBosch anda boleh daftar masuk ke dalamnya dan memindah butiran-butiran dalam bahagian My Profile. Secara alternatif, sila beritahu kami akan sebarang perubahan dengan memaklumkan kami secara bertulis (termasuk emel) – klik di sini untuk maklumat hubungan kami.
8.4. Capaian ke data peribadi
Anda boleh meminta untuk kami memberikan anda satu salinan data peribadi tentang anda atau yang merujuk kepada anda yang berada dalam pegangan kami atau di bawah kawalan kami. Kami juga memberikan anda maklumat tentang cara-cara yang mana kami telah, atau mungkin telah, menggunakan, atau mendedahkannya dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Jika anda telah mendaftar untuk Akaun MyBosch anda boleh mendaftar masuk ke dalamnya dan melayar ke bahagian My Products dan My Orders untuk mengetahui apabila kami telah gunakan data peribadi anda untuk tujuan produk yang dibeli dari kami dan pesanan produk dengan kami. Secara alternatifnya, sila tanya kami secara bertulis (termasuk dengan emel) – klik di sini untuk maklumat hubungan kami. Kami mungkin meminta maklumat dari anda yang membolehkan kami mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda. Tertakluk pada anda mengesahkan identiti anda, kami akan membalas permintaan anda secepat yang mungkin secara munasabah. Jika kami tidak boleh membalas permintaan anda dalam tempoh 30 hari kami akan memberitahu anda dalam tempoh tersebut akan apabila kami dijangka boleh membalas permintaan anda.
Kami berhak untuk mengenakan yuran untuk capaian terhadap data peribadi anda, yang mana akan terhad kepada kos kenaikan yang dialami oleh kami dalam memenuhi permintaan anda. Kami akan memaklumkan anda akan jumlahnya (atau, jika ia tidak boleh ditentukan, jumlah anggaran) yuran tersebut sebelum memenuhi permintaan anda.
8.5. Pembetulan data peribadi
Anda boleh meminta kami untuk membetulkan kesalahan atau kekurangan data peribadi tentang anda atau yang merujuk kepada anda yang berada dalam pegangan kami atau di bawah kawalan kami.
Jika anda telah mendaftar untuk Akaun MyBosch anda boleh mendaftar masuk ke dalamnya dan meminda butiran-butiran dalam bahagian MyProfile untuk membetulkan sebarang kesalahan atau untuk mengemas kini data peribadi anda. Secara alternatifnya, maklumkan kepada kami tentang permintaan pembetulan anda secara bertulis (termasuk dengan emel) – klik di sini untuk maklumat hubungan kami. Kami mungkin meminta maklumat dari anda yang membolehkan kami mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda. Tertakluk pada anda mengesahkan identiti anda, kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh 30 hari dan kami akan memberitahu anda dalam tempoh tersebut apabila kami dijangkakan boleh membalas permintaan anda. Kami juga mungkin akan menghantar data peribadi yang dibetulkan itu ke organisasi-organisasi lain yang mana kami dedahkan data peribadi anda
9. KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA
Sebagai pembekal global terkemuka teknologi dan perkhidmatan, kami sangat mengambil berat akan keselamatan data peribadi tentang atau yang merujuk kepada anda
Kami mempunyai langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian untuk menghalang data peribadi anda dari hilang secara tak sengaja, digunakan atau dicapai dengan cara yang tak dibenarkan, diubah atau didedahkan. Kami mengehadkan capaian ke data peribadi anda kepada para kakitangan, ejen, kontraktor dan pihak ketiga yang lain yang mempunyai urusan ‘yang perlu untuk tahu’. Mereka akan memproses data peribadi anda hanya atas arahan kami.
Kami mempunyai langkah-langkah untuk berurusan dengan sebarang pelanggaran data peribadi yang disyaki dan akan memaklumkan anda dan mana-mana pihak berkuasa menyelia yang berkaitan akan pelanggaran data peribadi yang sebenar atau disyaki yang mana kami dikehendaki oleh kontrak atau undang-undang untuk berbuat demikian.
10. PEMBUANGAN DATA PERIBADI
Kami akan berhenti menyimpan dokumen-dokumen yang mengandungi data peribadi tentang anda atau yang merujuk kepada anda sebaik ianya munasabah untuk menganggap bahawa tujuan yang mana ia dikumpul tidak lagi dicapai dengan kami menyimpannya dan kami tidak lagi memerlukannya untuk tujuan perniagaan atau perundangan. Secara alternatifnya, kami mungkin membuang nama data peribadi tersebut supaya ia tidak lagi dikaitkan dengan anda.
11. PENGHANTARAN DATA PERIBADI KE LUAR NEGARA
Kami mungkin dari semasa ke semasa, bergantung kepada keadaan yang mana anda memberikan data peribadi kepada kami, mempunyai keperluan perniagaan untuk menghantarnya (atau salinannya) keluar dari negara di mana anda berikannya kepada kami dan kepada salah satu subsidiari kami atau syarikat berkaitan di negara lain. Sebagai contoh, jika anda memberikannya kepada kami di luar Singapura kami mungkin perlu menghantarnya ke ibu pejabat kawasan kami di Singapura.
Kami telah memasuki kontrak untuk memastikan data peribadi tentang atau berkaitan dengan anda diuruskan oleh entiti menerima dengan tahap penjagaan yang sama sepertimana yang dikehendaki oleh Dasar Privasi ini. Ini termasuk kami menggunakan amalan yang sekata / tatacara pengendalian piawai di semua subsidiari kami dan syarikat yang berkaitan dalam ASEAN (dan di lokasi ibu pejabat global kami, dalam Kawasan Ekonomi Eropah).
12. MEMBUAT RUNGUTAN
Jika anda mempunyai sebarang rungutan tentang cara kami memproses data peribadi tentang anda atau yang merujuk kepada anda – yang mana, jika anda kami tidak mematuhi Dasar Privasi ini dan/atau undang-undang perlindungan data / privasi yang terguna pakai, sila maklumkan kepada kami. Anda boleh berbuat demikian secara bertulis (termasuk emel) – klik di sini untuk maklumat hubungan kami. Sila sertakan perkara berikut:
-
butiran maklumat hubungan yang mencukupi untuk membolehkan kami mengenal pasti anda
-
butiran yang jelas dan ringkas tentang rungutan tersebut – sebagai contoh, apa yang terjadi, apabila anda sedar akannya dan siapa yang terlibat
-
gariskan impak perkara yang telah terjadi tersebut ke atas anda dan
-
butiran apa yang anda ingin lihat terjadi untuk menyelesaikan rungutan anda
Kami akan memaklumkan penerimaan rungutan anda secepat yang boleh. Kemudian kami akan menyiasatnya. Kami mungkin perlu memperoleh maklumat lanjut dari anda, bercakap dengan kakitangan yang berkaitan, menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan dan/atau memperoleh nasihat guaman atau teknikal untuk melakukan siasatan kami. Setelah kami melengkapkan siasatan kami, kami akan menulis kepada anda untuk memberitahu anda hasil dari siasatan tersebut.
13. MENGHUBUNGI KAMI
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Dasar Privasi ini, untuk memberikan komen atau untuk membuat sebarang rungutan dengan menghubungi pegawai perlindungan data kami seperti berikut:
Melalui surat:
Data Protection Officer, ASEAN Region
Robert Bosch (S.E.A.) Pte. Ltd.
11 Bishan Street 21
Singapore 573943
Melalui emel:
asean.dpo@sg.bosch.com
14. PERUBAHAN DASAR
Kami berhak untuk mengubah dan mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan perubahan dengan mengirimnya ke laman web kami. Dasar Privasi yang dipinda akan berkuat kuasa dari masa ia dikirimkan ke laman web kami.